Tuesday, June 29, 2010

LOVE LIFE!

Chapter 1

Hello miss! hello miss!

1236 Am : menulis en3 yang tah keberapa, aku x kira.. walaupun sebenarnya bukan byk pun aku tulis.. sejak meninggalkan dunia blog ini bertahun yang lampau.. aku makin malas untuk meluahkan perasaan ku di dunia maya ni! semuanya gara-gara aku kecewa dengan hidup aku.. gara-gara kesibukan yang teramat setelah memasuki alam pekerjaan..

tapi kenapa aku masih disini.. menulis?

kerana aku sedang di lamun cinta.. hahahaha... jauh sekali..

sebenarnya aku rindu pada penulisan blog.. tulisan2 aku yang dulu.. yang aku da delete tu.. cerita2 kehidupan aku.. cerita2 bahagia ku..cerita2 sedih ku.. cerita2 kelakarku... arghhh sememangnya aku rindu...

dan ari ni, malam ni aku merasakan bahawa aku mmg mencintai kehidupan ini.. LOVE LIVE!

walau pada hakikatnya.. aku bersedih bertopengkan gelak ketawa!

--------------------------------------------------------------------------------------------

Chapter 2

LOVE LIFE ... pada ahad petang lepas.. aku dan rakan2 vols aku pegi ke pasar borong selayang untuk program FOOD SERVICES & STREET EDUCATION for ROHINGYA in SELAYANG, da lama x join program ni.. masih igt kali pertama dulu.. waktu baru berjinak dengan dunia sukarelawan ni.. aku rase nk menangis bila mana aku melihat kedaifan kanak2 rohingya di sana.. tetapi aku bangga dengan kecekalan mereka merantau jauh dari bumi mereka.. tidak pandai berbahasa melayu.. tidak mempunyai pendidikan.. pakai asal ada.. makan asal ada..

aku tidak dapat membayangkan kalau adik2 aku atau aku sendiri yang menjadi seperti mereka.. mungkin ari ke lima da mati katak kot.. aku sedih bile melihat adik2 aku melepak di kala jam menunjukkan 2 pagi.. hisap rokok , maksiat , makan buang2....

aku insaf melihat mereka yang memerlukan.. dan aku akan menolong sedaya upaya aku walaupun aku tinggal seposen..

dan aku rasa bersyukur kerana aku rakyat MALAYSIA..

i still LOVE my LIFE!