Sunday, May 2, 2010

Kehidupan tanpa cinta ?




Kehidupan tanpa cinta.. tajuk cam pasrah je kan? haha.. memang pasrah pun.. aku pun xtau la kenapa aku camni.. adakah aku ni jenis yang terlalu mendesak? atau aku ni mmg xtau cara nak amik hati seorang yang bernama perempuan?


ermmmmmmmmmmmm... panjang kan ermm tu.. xikhlas ke aku bile aku berkawan untuk meraih cinta? kerana bagi aku maksud seorang kawan itu banyak bezanya dengan kekasih atau skandal.. xsalah kan kalau kita berkawan pada mulanya dan ingin meneruskannya dengan cinta? dan apabila perubahan dari seorang kawan kepada kekasih itu telah datang salahkah aku untuk meluahkan apa yang aku rasa? xikhlas ke aku berkawan dengan dia sebelum ini? adakah aku berkawan dengan dia hanya untuk suka2.. menyayangi dia hanya untuk suka-suka? entah lah.. aku pun x dapat untuk menjawab persoalan ini? hanya tuan empunya diri je boleh memikirkan samada aku ikhlas atau tidak?


Bagi aku :


1. Aku ikhlas berkawan dengan dia sebelum ni..

2. Sekarang aku juga ikhlas berkawan dengan dia tetapi aku cuma inginkan sesuatu yang lebih dari seorang kawan.. sebab aku dah jatuh cinta.. salah ke aku? dan haruskan persahabatan itu..harus mati di situ oleh kerana dia tidak mencintai aku? tak kan?


Bagi dia? tah dia hanya berdiam diri.. aku boleh wat ape kan?


kenapa cakap belum bersedia.. sedia atau tidak itu bukan jawapan nya.. berilah jawapan yang ikhlas walaupun ianya menyakitkan hati...



kehidupan tanpa cinta? aku rasa kosong.. sebab itu aku sentiasa mencari cinta.. dan aku inginkan kepastian kerana ketidakpastian itu adalah sia-sia.. dan kerana ketidakpastian itu aku tau dan aku pernah merana kecewa dan sentiasa keseorangan....


hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...